
Lawan Balik Spam!
Spam-bot (juga dikenali sebagai wanderers, spiders, crawlers, atau bots) adalah program yang merayap di Web, dari satu laman ke satu laman. Apabila spam-bot ini sampai ke laman web, blog atau forum anda, ia akan menggelintar semua laman yang anda link untuk mencari alamat email.
Kini anda boleh lawan balik spam-bot ini!
Apa yang perlu anda lakukan adalah, link ke laman ini supaya setiap kali spam-bot menggelintar laman anda, ia akan dibawa ke laman ini. Untuk link ke laman ini, sila gunakan kod HTML di bawah:
Spam-bot pengumpul email ini akan dibawa ke satu laman khas di mana ia akan memperoleh berlambak-lambak alamat email palsu -- yang dijana secara dinamik menggunakan nama domain pemilik spam-bot itu sendiri -- lalu membawa lambakan email sampah ke pangkalan data mereka sendiri. Lama-kelamaan pangkalan data mereka akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.